Salam buat semua. Entry kali ni SKR ingin ceritakan pengalaman anak-anak SKR menyertai Kem ‘1’ Malaysia baru-baru ini. Seperti yang semua sedia maklum Kempen 1 Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kem 1 Malaysia merupakan salah satu program yang dirancang untuk One Malaysia ni. Daerah Pontian menjadi daerah pertama di negeri Johor dan di Malaysia yang telah berjaya melaksanakan program Kem 1 Malaysia ni.

Para peserta sedang memasang khemah…

Pelbagai aktiviti yang dijalankan. SKR telah membawa anak-anak SKR seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Program ini banyak mengetengahkan tentang perpaduan kaum di Malaysia ni. Aktiviti sangat menyeronokkan. Kem ni dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Johor bahru selama 4 hari. Cikgu Akmar sempat merakamkan gambar-gambar yang sempat Cikgu Akmar rakamkan.

aktiviti air yang peserta sertai…

Peserta segak dan bergaya dengan set pakaian kem ‘1’ Malaysia..

Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah sukan rakyat, masakan, permainan koperatif, permainan rakyat dan macam-macam lagilah. Pendek kata memang menyeronokkan. Macam-macam gelagat murid dan tak kurang juga cikgu & jurulatih..Naik letih dibuatnya. Ketawa jangan ceritalah. Apepun program sebegini sememangnya banyak membantu untuk mengeratkan silaturahim antara semua kaum di Malaysia ini. Kepada rakan-rakan di negeri-negeri lain nantikan program ni. Memang best….…dapat ramai kawan baru lagi.

Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar…

Nilah Ketua Jurulatih Kem Tuan Syed Adiputra Bin Syed Omar

Di kesempatan ini SKR ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat Jurulatih-jurulatih pusat koko yang mengendalikan program ni untuk kami semua. Sampai sini dulu catatan untuk kali ini dan akhirnya semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya…

Salam 1 Malaysia…..