Sabtu, Mac 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Tarikh : 12 Mac 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Kantin SK Rambah

Pada 12 Mac 2010, SKR telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat Sekolah Kebangsaan Rambah. Pelbagai aktiviti dijalankan sebelum dan pada waktu tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Azan, Pertandingan Tulisan Jawi, Persembahan nasyid,
Pertandingan Hafzan dan banyak lagi.


Guru Besar SKR, En. Samid B. Rasidi, GPK 1 Tn. Hj. Abdullah B. Kassim, GPK Koko En. Mohd Shahruddin B. Hj. Abd. Rahim


Murid tahun 6 menyampaikan lagu nasyid..


En. Samid menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul

Isnin, Mac 01, 2010

Selamat Bercuti..

Dikesempatan ini SKR ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga SKR...Cuti bermula pada 13 Mac 2010 sehingga 21 Mac 2010.

UPPM 1/2010...

Pada minggu ini Ujian pertama UPPM 1 bermula. Bermula hari Selasa 2/3/2010 sehingga hari Khamis 4/3/2010. Semoga anak-anak SKR dapat menjawab soalan dengan tenang.