Ahad, Mac 29, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN AKTIVITI MAAL HIJRAH SEKOLAH-SEKOLAH ZON KUKUP 2009

Tarikh : 28 Februari 2009
Tempat : SK Parit Rambai
Peringkat : Zon Kukup

SKR telah menghantar 2 orang untuk Tilawah Al-Quran, seorang untu Hafazan, seorang untuk Berzanji, seorang untuk Bercerita, 2 orang peserta untuk Menulis Jawi, Pasukan Nasyid dan pasukan Kuiz. Pada pertandingan tersebut SKR telah mendapat Johan Hafazan, Johan Pertandingan Nasyid dan Tempat Ketiga Kuiz Maal Hijrah.

Tahniah diucapkan kepada para peserta dan semua guru-guru yang terlibat melatih murid-murid. Peserta Hafazan dan Nasyid akan mewakili sekolah ke peringkat Daerah pada 11 April 2009 di SK Seri Senang Hati, Benut, Pontian, Johor. Kepada semua peserta 'Selamat Berjaya'.

Selamat Datang....

Assalamualaikum w.b.t... & Salam Perpaduan

Selamat Datang kepada semua pengunjung-pengunjung yang melawati laman ini. Laman ini dibangunkan dedikasi buat semua warga SKR yang telah banyak bertungkus-lumus bersama-sama mencurah bakti dan ilmu di SKR. Juga ruangan ini adalah salah satu perkongsian ilmu kepada semua pengunjung-pengunjung yang mengunjungi laman ini. 'Sedetik di Anjung Ilmu' juga akan memaparkan kisah-kisah dan aktiviti yang berlaku di SKR. Selamat melayari....