Isnin, Mei 23, 2011

Kem Akademik 2011

Salam 1 Malaysia

Pada hujung minggu yang lalu (20 hingga 22 Mei 2011) SKR telah mengadakan satu program akademik khusus untuk murid-murid tahun 5 & 6 yang dinamakan Kem Akademik 2011. Objektif program ini diadakan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam matapelajaran tertentu. Sepanjang 3 hari murid-murid tahun 5 dan 6 berkampung di sekolah dengan bantuan dan usaha yang tidak pernah jemu oleh guru-guru SKR. Jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SKR yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini, juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan makanan dan tenaga sepanjang program diadakan. Semoga anak-anak SKR akan mencapai kejayaan demi kejayaan. Sekian...











Selasa, Mei 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Assalamualaikum...

SKR kembali dengan cerita terbaru Sambutan Hari Guru 2011. Walaupun tanpa En. Samid, segala perjalanan aktiviti SKR harus diteruskan. SKR mendoakan semoga En. Samid cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sedia kala. SKR juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru SKR, guru-guru seluruh Malaysia tak kira dimana mereka berada yang telah banyak memberi pengorbanan untuk mendidik anak bangsa untuk berjaya. Pengorbanan guru-guru SKR amat-amat dihargai. Semoga usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak SKR akan berjaya.



teacher norlida says : di sini hani...masukkan disini...opp..opp...!!

sir syafiq says : booooo....!!

Cg. Afzan berusaha untuk sampai ke baldinya...

Adeh! Tak masuk dalam baldi pun....

Jambatan sudah roboh..sudah roboh..sudah roboh...

Jejaka-jejaka SKR...

Gelagat Cikgu2 SKR...

HAPPY TEACHER'S DAY...........

Jumaat, Mei 06, 2011

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup Tahun 2011


SALAM PERPADUAN...

Pada 5 Mei 2011, SKR telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup 2011. Seawal 8.00 pagi majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari sekolah-sekolah zon Kukup. 3 tempat digunakan untuk pertandingan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1 di Bilik pemulihan, Pertandingan Bercerita Tahap 2 di Bilik Muzik dan Pertandingan Pidato diadakan di Dewan Sri Rambah.



Pada akhir karnival pemenang diumumkan. Anak-anak SKR telah mendapat tempat dalam ketiga-tiga pertandingan. Tahniah diucapkan kepada Mustika Syafiena Binti Mohd Farid (Tempat ke-2 Pertandingan Pidato), Nur Ain Farahin Binti Mahmood (Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2) dan Nor Solehah (tempat ke-3 Pertandingan Bercerita Tahap 1). TAHNIAH SKR ucapkan kepada ketiga-tiga anak-anak SKR ini.





Tahniah juga SKR ucapkan kepada peserta-peserta lain yang telah berjaya mendapat tempat. Bagi yang tidak berjaya boleh mencuba di masa akan datang.

Kawan-kawan turut menumpang gembira dengan kejayaan Solehah, Mustika dan Ain...