Sabtu, Mei 19, 2012

KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH ZON KUKUP 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
SK Rambah selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para peserta dan guru-guru pengiring sempena karnival Bahasa Melayu Zon Kukup Tahun 2012. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pidato, Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Esei. Tahniah kepada anak-anak SKR kerana telah berjaya mendapat tempat dalam 3 pertandingan iaitu Johan Pidato oleh Iman Zulhaqim, Tempat Ketiga Bercerita Tahap 2 oleh Norhaslinda Bt Rosman dan Naib Johan Esei oleh Nur Hikmah. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya. Tahniah juga kepada seluruh warga SKR atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang Karnival berlangsung.


Selasa, Mei 15, 2012

KEM MOTIVASI DIRI ESTRELLA 2012

Assalamualaikum

Tanggal 11 hingga 13 Mei 2012 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Rambah dengan kerjasama Kelab Lambaian Masyarakat Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan satu kem motivasi yang telah disertai oleh 61 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 SK Rambah. Sesi dimulakan pada jam 4 petang bermula dengan pendaftaran peserta dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh pihak KLM (KTC) UTM. Seramai 33 orang Majlis Tertinggi KLM dan fasilitator terlibat membantu menjalankan program tersebut. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah. Tahniah kepada pihak KLM (KTC) UTM, Skudai kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti dengan jayanya dan tahniah juga kepada murid-murid yang terlibat kerana dapat melibatkan diri salam semua aktiviti dengan lancarnya. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada jawatankuasa PIBG SK Rambah dan warga SK Rambah yang banyak membantu dalam menjayakan program ini dan menyediakan makanan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha sebegini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid di masa akan datang. Tahniah!!















Sabtu, Mac 03, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP 2012

TARIKH        :         29 FEBRUARI DAN 01 MAC 2012
TEMPAT       :         SK ANDEK MORI








Khamis, Mac 01, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan lancarnya pada 2 Mac 2012. Majlis diserikan dengan perarakan bermula dari sekolah menuju ke Rumah Kilat dan kembali semula ke sekolah.  Selepas perarakan murid berkumpul di Bilik j-Qaf untuk sesi ceramah Maulidur Rasuloleh Ustaz Rozamli Bin Mohd Razak dari SMK Sri Kukup dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz dan acara sampingan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2012M. Majlis diakhiri dengan jamuan makan para jemputan dan murid-murid SK Rambah.












Jumaat, Februari 24, 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING ZON KUKUP 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP TAHUN 2012

Tarikh        :         23 Februari 2012
Tempat      :         SJKC Pei Hwa, Teluk Kerang, Pontian

Sesi Latihan dan 'Friendly'









Hari Pertandingan...







Jumaat, Januari 20, 2012

Pertandingan Badminton Zon Kukup 2012

PERTANDINGAN BADMINTON SEKOLAH-SEKOLAH ZON KUKUP TAHUN 2012

TARIKH      :     19 JANUARI 2012
TEMPAT     :      SJKC PEI CHUN, PONTIAN, JOHOR