Isnin, April 05, 2010

Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak 2010

Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia.
Pada 12 hingga 14 Mac 2010 satu perkhemahan untuk Pengakap Kanak-kanak telah diadakan di SK Jaya Mulia, Parit Panjang Ayer Baloi. Perkhemahan ini merupakan pembuka tirai 2010 untuk aktiviti pengakap daerah Pontian. Anak-anak SKR tidak melepaskan peluang untuk menyertai perkhemahan tersebut.

Abg Ijul sedang buat tunjukcara ikatan..


Perkhemahan ini melibatkan 8 buah sekolah iaitu SK Jaya Mulia, SK Penerok, SK Belokok, SK Rambah, SK Tanjung Air Hitam, SK Serkat, SK Bt. 24 dan SK Pt. Selangor. Perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan Kelana D Pontian, D'Marine Rovers.



Aktiviti bersama Bomba & Penyelamat Pontian

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Kebudayaan, Pertandingan Kraftangan, Pertandingan Khemah terbaik, aktiviti bersama Bomba dan Penyelamat Pontian, aktiviti 'Repailing', Malam Unggun Api dan banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan.

Fadhil & 'Repailing'...

Gelagat Firdaus ..gigit epal sambil berjalan...

Tahniah kepada peserta-peserta dan juga Jawatankuasa Kerja yang bertungkus lumus selama 24 jam untuk melaksanakan yang terbaik untuk perkhemahan ini.


Fadhil mengetuai Lafaz Persetiaan Pengakap..


Antara bekas pemimpim Pengakap yang hadir termasuk bekas GB SKR Cikgu Hasmuni B. Mukibat

video