Selasa, Ogos 10, 2010

Makan-Makan Sambut Ramadhan & Program Ihya Ramadhan 2010

Sempena menyambut Ramadhan yang mulia, guru-guru SKR telah mengadakan jamuan Makan-Makan Sambut Ramadhan. pelbagai juadah yang disediakan. Terima kasih cikgu-cikgu.
Pada bulan Ramadhan ini juga Program Ihya Ramadhan akan dijalankan seperti kebiasaannya. Semua guru-guru dan murid-murid SKR telah mendapat tugasannya. Semoga program ini akan diteruskan dan mendapat keberkatan di bula yang mulia ini. 
 Dikesempatan ini SKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SKR, dengan adanya jamuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga SKR semua. Dikesempatan ini juga SKR ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yang mulia ini.


PETUGAS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN GURU-GURU &KAKITANGAN SEKOLAH DAERAH PONTIAN

Pada 9 Ogos 2010 lalu PPD Pontian telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan di Pusat Matrikulasi Teknikal, Pontian. SK Rambah telah dipilih untuk bahagian keselamatan. Wakaubagaimanapun di kesempatan ini SKR ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Cikgu Afzan Binti Abdullah dan Cikgu Mohd Shahruddin kerana telah menerima anugerah kecemerlangan untuk tahun 2009. Semoga cikgu Shah dan cikgu Afzan akan terus sukses di dalam bidang perguruan ini. Tahniah sekali lagi.

PROGRAM REHATKAN MINDA...

Salam perpaduan...
Walaupun pagi tersebut hujan lebat, namun Program tetap diteruskan. Salah 1 objektif program ini adalah mengatasi masalah 'STRESS' dikalangan murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, program selesai pada jam 1.00 tengahari, diharap semua murid-murid tahun 6 akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga murid-murid SKR akan berjaya..Insyaallah.


Sabtu, Ogos 07, 2010

Solat Hajat..

Pada hari khami 5hb Ogos Majlis Solat Hajat UPSR 2010 telah disempurnakan di Masjid Kg. Rambah. Guru-guru dan murid-murid tahun 4 hingga 6 hadir bersama-sama melaksanakan Solat Hajat. Semoga murid-murid tahun 4 hingga 6 akan berjaya dan berusaha lebih gigih lagi.

selesai solat kita more!!!
teacher hani yang lapar...
Habis licin sudah...

PROGRAM REHATKAN MINDA

Salam 1 Malaysia,

Sebelum menghadapi UPSR 2010 yang akan dijalankan lebih kurang sebulan lagi, SKR mengambil inisiatif mengadakan Program Rehatkan Minda untuk murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru dan kakitangan SK Rambah. Program ini akan dijalankan di Kukup Golf Resort, Pontian (KGR) pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Semoga program ini dapat mengurangkan rasa takut dan panik murid sebelum menghadapi UPSR nanti.