Selasa, Mei 18, 2010

Sambutan Hari Guru SK Rambah 2010

Salam 1 Malaysia.

Pertama sekali SKR ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia tidak kira di mana berada. Pada 17 Mei lalu SKR telah mengadakan sambutan Hari Guru yang sangat meriah walaupun sekolah dalam keadaan pembinaan namun sambutan tetap dijalankan. Tahniah kepada warga SKR kerana bertungkus lumus membuat persediaan mengadakan Sambutan hari Guru peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perhimpunan Rasmi, Nyanyian Lagu Guru malaysia, Ikrar Guru, Sukaneka bersama guru dan murid dan persembahan dari murid-murid tahun 1 hingga 6.


backdrop Sambutan hari guru...


En. Samid menyampaikan ucapan...


Cikgu Baharuddin, Cikgu Shahruddin dan Cikgu Abdullah...


Senyum cikgu Aishah dan Cikgu hani...


Cikgu Afzan, Cikgu laily, Cikgu Siti dan cikgu Zaiton..


Cikgu-cikgu SKR menyanyikan lagu Guru Malaysia...


Cikgu Abdullah tak sabar nak mulakan sukaneka..


Nasiblah murid-murid SKR kena himpit dengan cikgu Baha dan Guru Besar....


Peace!!.....Cikgu Shah tengah kira anak buah tak cukup...

Syukur kehadrat illahi kerana SKR dikurniakan cikgu-cikgu yang sangat komited dan bersemangat untuk membentuk anak-anak SKR dengan lebih cemerlang. Semoga kesungguhan warga SKR akan terbukti dan terus cemerlang di masa akan datang.

Sabtu, Mei 15, 2010

Selamat Hari Guru...

Dikesempatan ini SKR ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh tanahair..



'Guru Pembina Negara Bangsa'



Ahad, Mei 09, 2010

LDP

Kursus LDP Guru-Guru SK Rambah

Tarikh : 8 Mei 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Gerakan SK Rambah

Sabtu, 8 Mei 2010, satu kursus dalaman telah dilaksanakan khusus untuk guru-guru SKR.
Antara kursus yang disampai adalah :

1. Kursus Protokol untuk Pengacara Majlis oleh En. Samid Bin Rasidi
2. Kursus Pembinaan Bahan Multimedia oleh Pn. Sharifah Ilmiah Binti Syed Hamid
3. Kursus Keselamatan Jalan Raya untuk murid-murid oleh En. Mohd Shahruddin Bin Hj. Abd. Rahim

Semoga guru-guru SKR dapat mempertingkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang telah disampaikan.


En. Samid menyampaikan kursus..



Cikgu Shah khusyuk mendengar kursus yang disampaikan...



Cikgu Shah sedang menyampaikan kursus..(Siap bawa model lagi kat belakang tu..)