Selasa, Mei 15, 2012

KEM MOTIVASI DIRI ESTRELLA 2012

Assalamualaikum

Tanggal 11 hingga 13 Mei 2012 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Rambah dengan kerjasama Kelab Lambaian Masyarakat Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan satu kem motivasi yang telah disertai oleh 61 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 SK Rambah. Sesi dimulakan pada jam 4 petang bermula dengan pendaftaran peserta dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh pihak KLM (KTC) UTM. Seramai 33 orang Majlis Tertinggi KLM dan fasilitator terlibat membantu menjalankan program tersebut. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah. Tahniah kepada pihak KLM (KTC) UTM, Skudai kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti dengan jayanya dan tahniah juga kepada murid-murid yang terlibat kerana dapat melibatkan diri salam semua aktiviti dengan lancarnya. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada jawatankuasa PIBG SK Rambah dan warga SK Rambah yang banyak membantu dalam menjayakan program ini dan menyediakan makanan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha sebegini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid di masa akan datang. Tahniah!!















Tiada ulasan:

Catat Ulasan