Sabtu, Mei 19, 2012

KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH ZON KUKUP 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
SK Rambah selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para peserta dan guru-guru pengiring sempena karnival Bahasa Melayu Zon Kukup Tahun 2012. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pidato, Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Esei. Tahniah kepada anak-anak SKR kerana telah berjaya mendapat tempat dalam 3 pertandingan iaitu Johan Pidato oleh Iman Zulhaqim, Tempat Ketiga Bercerita Tahap 2 oleh Norhaslinda Bt Rosman dan Naib Johan Esei oleh Nur Hikmah. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya. Tahniah juga kepada seluruh warga SKR atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang Karnival berlangsung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan