Jumaat, November 18, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Salam 1 Malaysia...

17 November 2011 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang khas untuk murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam kelas dan juga berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Aturcara dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Yang Dipertua PIBG SK Rambah En. Zulkarnain B. Hj. Abd. Karim dan Ketua kampung Rambah En. Sanusi Bin Parto. Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan iaitu persembahan Ensemble Muzik oleh murid-murid tahun 6, persembahan nyanyian murid-murid tahun 4 & 5, pakaian beragam oleh murid -murid tahun 1 dan byk lagi. SKR ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan untuk tahun 2011. Pada tahun ini 4 orang tokoh telah dipilih sebulat suara oleh panel pemilihan. Tokoh sahsiah telah disandang oleh adik Mohamad Faris Bin Karim, Tokoh Kokurikulum telah disandang oleh Nurain Farahin Mahmud, Tokoh Akademik telah disandang oleh Mustika Safiena Binti Mohd Farid dan Tokoh Murid 2011 disandang oleh Amir Farish Bin Hairul Helmi.








Pada akhir majlis Guru Besar SK Rambah Hjh. Halipah Bt. Mohd Topp juga telah mengumumkan keputusan UPSR 2011. Pada tahun ini 5 orang murid SKR telah mendapat keputusan cemerlang 5A. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik teruskan usaha untuk lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah juga admin ucapkan kepada guru-guru SK Rambah yang bertungkus lumus untuk mendapatkan yang terbaik untuk murid-murid SKR. Semoga SKR akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan