Selasa, Januari 05, 2010

Selamat Berpisah....

SKR telah dikhabarkan berita bahawa Guru Besar SKR, En.Hasmuni Bin Mukibat akan ditukarkan ke SK Api-Api berkuatkuasa 1 Januari 2010. Satu kehilangan yang cukup dirasai oleh seluruh warga SKR. Apepun seluruh warga SKR akur dengan keputusan yang telah dibuat. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat En. Hasmuni atas segala khidmat yang diberikan di SKR. Kasih dijunjung buat En. Hasmuni B. Mukibat atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan selama ini.


Tidak lupa juga SKR ingin mengucapkan salam perpisahan buat GPK1 SKR yang bersara pada 31 Disember 2009, Pn. Hjh. Rokiah Bt. Hj. Bujang dan juga En. Noriswadi B. Nordin (Eddi-PAR SKR) yang mendapat jawatan baru di Majlis Daerah Pontian. Jasa mereka takkan dilupakan.

Tahun ini SKR mengalami perubahan yang amat besar. Dapat GB baru, GPK1 baru, PAR baru, kerani pun kire baru gak pindah dan dua orang guru baru iaitu Cikgu Siti Rohani Bt. Muhammad Taib dan Cikgu Sharifah Ilmiah Bt. Syed hamid. SKR mendoakan segala perubahan ini akan terus memantapkan lagi prestasi SKR sepanjang masa.

"Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan dalam kenangan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan