Ahad, April 11, 2021

PUSAT SUMBER SEKOLAH BERWAJAH BAHARU!

Selamat Datang diucapkan kepada semua warga sekolah, khasnya murid-murid SK Rambah, ke Pusat Sumber (PSS) SK Rambah. 

PSS SK Rambah kini telah berpindah operasi di Aras 2, Bangunan Blok A, iaitu bersebelahan pejabat sekolah. Bertepatan dengan tema PSS "Bangsa Johor, Bangsa Membaca" , pengurusan menggalakkan semua warga sekolah terutamanya murid-murid dari Praekolah dan Tahun 1 hingga Tahun 6, berkunjung ke PSS ini bagi menyemarakkan aktiviti membaca dalam kehidupan kita. Di sini kita boleh membaca, membuat rujukan, meminjam buku dan pelbagai aktiviti yang akan dikelolakan oleh guru-guru sekolah ini.

PSS mengalu-alukan kehadiran semua warga sekolah untuk sama-sama menjadikan tabiat membaca sebagai amalan hidup kita. 























Tiada ulasan:

Catat Ulasan