Ahad, April 18, 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2021

Pada hari Ahad, 18 April 2021, telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam & Kempen Galakan Membaca bagi SK Rambah. Majlis telah diadakan di Dewan SK Rambah dan dirasmikan oleh En. Haidir bin Abdullah, Guru Besar SK Rambah. Majlis bermula pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi. Antara acara dalam majlis ini adalah gimik perasmian oleh Tuan Guru Besar, 10 Minit Membaca beramai-ramai, dan deklamasi pantun Mari Membaca oleh adik Amir Irfan, Tahun 5 dan Nur Diyana, Tahun 6.

Diharapkan Program Galakan Membaca ini dapat diamalkan bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja kita berada, walau pun kita bukan lagi sebagai seorang pelajar. Sasaran kita adalah 100% murid-murid membaca sekurang-kurangnya 40 buah buku setahun.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan PSS ini mesra Pusat sumber di kalangan warga

SK Rambah, mewujudkan persaingan membaca yang sihat antara murid dan menjayakan

dasar kerajaan yang mahukan rakyatnya banyak membaca.


#BangsaJohorBangsaMembaca

#RambahMembaca








































 

Selasa, April 13, 2021

 Salam Ramadan 1442H

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

Selamat berpuasa kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Rambah dan seluruh umat islam 



Ahad, April 11, 2021

PUSAT SUMBER SEKOLAH BERWAJAH BAHARU!

Selamat Datang diucapkan kepada semua warga sekolah, khasnya murid-murid SK Rambah, ke Pusat Sumber (PSS) SK Rambah. 

PSS SK Rambah kini telah berpindah operasi di Aras 2, Bangunan Blok A, iaitu bersebelahan pejabat sekolah. Bertepatan dengan tema PSS "Bangsa Johor, Bangsa Membaca" , pengurusan menggalakkan semua warga sekolah terutamanya murid-murid dari Praekolah dan Tahun 1 hingga Tahun 6, berkunjung ke PSS ini bagi menyemarakkan aktiviti membaca dalam kehidupan kita. Di sini kita boleh membaca, membuat rujukan, meminjam buku dan pelbagai aktiviti yang akan dikelolakan oleh guru-guru sekolah ini.

PSS mengalu-alukan kehadiran semua warga sekolah untuk sama-sama menjadikan tabiat membaca sebagai amalan hidup kita. 























Selasa, April 06, 2021

Blog SK Rambah kembali....

 Assalamualaikum w.b.t


Salam warga RAMBAH

SK Rambah kembali semula setelah bermusim tidak bersiaran di ruang maya blogspot. Kakitangan dan warga SKR silih berganti. Insyaallah akan kembali bersiaran seperti biasa....




Khamis, September 10, 2020

PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK SK RAMBAH 2020

========================================================================

Khamis - 10 September 2020

Assalamualaikum warga SK Rambah

 

Alhamdulillah selesai lagi program masak bubur lambuk untuk semua warga Sk Rambah serentak dengan Kayuhan Merdeka SK Rambah 2020.

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !!!!

Insyaallah, mudah-mudahan kita bertemu lagi di tahun hadapan. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang untuk menjayakan program ini. Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki melimpah buat semua.

Tahniah semua...

Sampai jumpa lagi

Jom tengok.. click link 👇🏻




 KAYUHAN MERDEKA 63

10 SEPTEMBER 2020