Ahad, April 18, 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2021

Pada hari Ahad, 18 April 2021, telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam & Kempen Galakan Membaca bagi SK Rambah. Majlis telah diadakan di Dewan SK Rambah dan dirasmikan oleh En. Haidir bin Abdullah, Guru Besar SK Rambah. Majlis bermula pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi. Antara acara dalam majlis ini adalah gimik perasmian oleh Tuan Guru Besar, 10 Minit Membaca beramai-ramai, dan deklamasi pantun Mari Membaca oleh adik Amir Irfan, Tahun 5 dan Nur Diyana, Tahun 6.

Diharapkan Program Galakan Membaca ini dapat diamalkan bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja kita berada, walau pun kita bukan lagi sebagai seorang pelajar. Sasaran kita adalah 100% murid-murid membaca sekurang-kurangnya 40 buah buku setahun.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan PSS ini mesra Pusat sumber di kalangan warga

SK Rambah, mewujudkan persaingan membaca yang sihat antara murid dan menjayakan

dasar kerajaan yang mahukan rakyatnya banyak membaca.


#BangsaJohorBangsaMembaca

#RambahMembaca








































 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan