Rabu, Julai 20, 2011

MAJLIS PERPISAHAN TUAN GURU BESAR EN.SAMID BIN RASHIDI

19 Julai 2011 merupakan hari terakhir warga SKR bersama Tuan Guru Besar En. Samid Rashidi. Walaupun berat hati tetapi kami terpaksa relakan. Namun demikian, kami mengharapkan agar Cikgu Samid cepat sembuh dan dapat bertugas semuala seperti biasa. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat En. Samid Bin Rashidi atas segala jasa yang dicurahkan kepada SK Rambah. Jasa tuan kami sanjung dan sentiasa dalam ingatan. SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA CEPAT SEMBUH....




Selasa, Jun 07, 2011

Doa-Doa buat anakanda-anakanda tercinta...selamat mengulangkaji!!

Doa Memulakan Ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -

Doa Selepas Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan: Berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika Menerima Kertas Soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika Sukar Menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika Anda Terlupa Jawapan
:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.

 Selamat Mengulangkaji dan selamat menghadapi peperiksaan.............

Rabu, Jun 01, 2011

Selamat Bercuti....

Bila mula cuti, ingat-ingat pada diri...
STUDY...STUDY....jangan tidur.....
Bila mula cuti, ingat-ingat pada diri...
BACA BUKU..BACA BUKU......jangan diperam saja buku tu....
Bila mula cuti, ingat-ingat pada diri...
KELAS TAMBAHAN...KELAS TAMBAHAN..........nanti cikgu afzan datang rumah kejut bangun tidur...weee!!!
Bila mula cuti, ingat-ingat pada diri...
KERJA SEKOLAH..KERJA SEKOLAH.....kalau lupa alamat tegaklah misai cikgu shah....weeeee!!!!
Bila mula cuti, ingat-ingat pada diri...
HAFAL SIFIR...HAFAL SIFIR.....kalau tak hafal bulat mata cikgu aishah memandang...weeeeeeeeee!!!

Oleh yang demikian, ingatan buat anak-anak SKR...JANGAN BUANG MASA.....
Masa Itu Emas.....Ops!! Kasut sekolah jangan lupa basuh....siapa tak basuh...satu sekolah dengar suara Cikgu Zawiah....hehehehe!!!

INGAT TAU!!
Sekian dari SKR

Isnin, Mei 23, 2011

Kem Akademik 2011

Salam 1 Malaysia

Pada hujung minggu yang lalu (20 hingga 22 Mei 2011) SKR telah mengadakan satu program akademik khusus untuk murid-murid tahun 5 & 6 yang dinamakan Kem Akademik 2011. Objektif program ini diadakan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam matapelajaran tertentu. Sepanjang 3 hari murid-murid tahun 5 dan 6 berkampung di sekolah dengan bantuan dan usaha yang tidak pernah jemu oleh guru-guru SKR. Jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SKR yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini, juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan makanan dan tenaga sepanjang program diadakan. Semoga anak-anak SKR akan mencapai kejayaan demi kejayaan. Sekian...











Selasa, Mei 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Assalamualaikum...

SKR kembali dengan cerita terbaru Sambutan Hari Guru 2011. Walaupun tanpa En. Samid, segala perjalanan aktiviti SKR harus diteruskan. SKR mendoakan semoga En. Samid cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sedia kala. SKR juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru SKR, guru-guru seluruh Malaysia tak kira dimana mereka berada yang telah banyak memberi pengorbanan untuk mendidik anak bangsa untuk berjaya. Pengorbanan guru-guru SKR amat-amat dihargai. Semoga usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak SKR akan berjaya.



teacher norlida says : di sini hani...masukkan disini...opp..opp...!!

sir syafiq says : booooo....!!

Cg. Afzan berusaha untuk sampai ke baldinya...

Adeh! Tak masuk dalam baldi pun....

Jambatan sudah roboh..sudah roboh..sudah roboh...

Jejaka-jejaka SKR...

Gelagat Cikgu2 SKR...

HAPPY TEACHER'S DAY...........

Jumaat, Mei 06, 2011

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup Tahun 2011


SALAM PERPADUAN...

Pada 5 Mei 2011, SKR telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup 2011. Seawal 8.00 pagi majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari sekolah-sekolah zon Kukup. 3 tempat digunakan untuk pertandingan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1 di Bilik pemulihan, Pertandingan Bercerita Tahap 2 di Bilik Muzik dan Pertandingan Pidato diadakan di Dewan Sri Rambah.



Pada akhir karnival pemenang diumumkan. Anak-anak SKR telah mendapat tempat dalam ketiga-tiga pertandingan. Tahniah diucapkan kepada Mustika Syafiena Binti Mohd Farid (Tempat ke-2 Pertandingan Pidato), Nur Ain Farahin Binti Mahmood (Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2) dan Nor Solehah (tempat ke-3 Pertandingan Bercerita Tahap 1). TAHNIAH SKR ucapkan kepada ketiga-tiga anak-anak SKR ini.





Tahniah juga SKR ucapkan kepada peserta-peserta lain yang telah berjaya mendapat tempat. Bagi yang tidak berjaya boleh mencuba di masa akan datang.

Kawan-kawan turut menumpang gembira dengan kejayaan Solehah, Mustika dan Ain...






Isnin, April 18, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Salam 1 Malaysia,

Pada 16 April lalu PIBG SK Rambah telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-31 di Dewan Sri Rambah. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Tn. Hj. Ismail Bin Rosdi. Antara aturcara yang dijalankan sepanjang mesyuarat tersebut adalah :





a) Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2010
b) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2010
c) Perbincangan perkara berbangkit, hal-hal lain
d) Cabutan Bertuah





Dikesempatan ini SKR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang banyak memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dan memberi sokongan untuk kecemerlangan SKR. Semoga usaha tuan, puan akan diberkati Allah s.w.t...Amin...



Sir Syafiq sedang tekun mencatat...

SEKIAN...............

Sabtu, Oktober 30, 2010

UPSR 2010.... SK Rambah Cemerlang!!

Salam Perpaduan

Keputusan UPSR yang diumumkan sekali lagi memberi kejutan kepada semua warga SKR. Tahniah diucapkan kepada anak-anak SKR yang telah berjaya dalam UPSR 2010. Kejayaan ini telah menaikkan nama SKR dan mengekalkan prestasi yang amat baik beberapa tahun kebelakangan ini. Sekali lagi SKR ucapkan tahniah dia atas kejayaan anak-anak SKR...

Wajah-wajah gembira cikgu dan murid...
5A

1.     SITI NADIA BINTI SHIFUDIN
2.     NURUL NADIA BINTI ASRIN
3.     MUHAMMAD ALI BIN ABD. RAZAK
4.     MUHAMMAD HAIQAL BIN ABD. RAHMAN
5.     SITI NURSABIHAH BINTI MOHD SALLEH
6.     NURUL HIDAYAH BINTI MOHD NASIB
7.     NURUL BARIRAH BINTI JASMANI
8.     ANIS ATHIRAH BINTI KHALID

4A

1.     MUHAMMAD FAREEZARUL HAZIQ BIN JEFRI
2.     NURKHALISHAH BINTI ALIAS
3.     SITI NORANISAH BINTI ISMAIL
4.     MOHAMMAD ISKANDAR BIN ROSMAN
5.     MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMMAD

3A

1.     FATYN AMYRA BINTI ABU BAKAR