Khamis, November 19, 2009

Tahniah buat anak-anak SKR!!

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah berkat usaha guru-guru SKR dan anak-anak didik SKR, 9 orang daripada 25 orang telah mendapat 5A dan 1 orang mendapat 4A 1B. Satu keputusan yang cukup memeranjatkan bagi semua warga SKR. Airmata mengalir tanda betapa puas dan gembiranya guru-guru yang mendidik mereka. Tahniah juga kepada Cikgu Afzan dan Cikgu Aishah dengan kelulusan 100% bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Syukur kehadrat illahi segalanya usaha Cikgu Afzan, Cikgu Aishah, Cikgu Shahruddin dan Cikgu Norlida
telah membuahkan hasil.

wajah-wajah anak2 SKR selepas keputusan keluar..
Sememangnya anak-anak SKR adalah anak-anak yang
baik, ceria, kelakar dan sentiasa menghiburkan. Mudah2an segala cita-cita mereka akan tercapai dan mereka akan menjadi salah seorang tokoh negara satu hari nanti. Insyaallah.


Kepada semua yang mendapat keputusan UPSR yang kurang memberangsangkan janganlah bersedih dan berputus asa. Berusaha bersungguh lagi kerana masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh.
Sekali lagi SKR mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya juga cikgu-cikgu yang telah mengajar mereka.
Selamat Berjaya….

Ahad, November 15, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi..

Salam buat semua..Kali ini SKR ingin mencatatkan satu program yang dilaksanakan baru-baru ini. Pada 11 November 2010 guru-guru SKR telah menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar. Kali ini SKR membawa anak-anak SKR ke Langkawi, pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Segala yang dirancang telah terlaksana akhirnya.

Perjalanan bermula pada pukul 6 petang 11 November 2009 dari SKR dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5.00 pagi. Kami berhenti rehat mandi dan solat subuh di Mesjid Jamek Kuala Perlis dan akan menaiki feri pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah cuaca di langkawi cukup baik. Jadi seawal jam 10 pagi kitorang dah mulakan perjalanan pertama ke Kilang memproses minyak gamat dan seterusnya ke Makam Mahsuri. Perjalanan seterusnya ke Beras terbakar.

Pada sebelah petang kami dibawa ke Cable Car Station untuk menaiki kereta kabel..pengalaman yang sangat melucukan…kasihan bila melihat anak-anak SKR yang ada sebahagiannya tak dan sanggup tak turun sebab terlalu takut..Cg. Afzan lah yang terpaksa menjaga…Tapi yang lain walaupun takut tetap bersemangat bila melihat pemandangan pulau langkawi yang sangat cantik. Teruja rasanya.

apasal muka monyok jek..penatlah tu...

Seterusnya perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah Idaman suri. Sesiapa yang suka shopping di langkawi boleh lah membeli belah di Idaman suri ni…Idaman suri menawarkan harga yang sangat berpatutan. Mujur 1 malam saje berada di Langkawi, rasanya kalau 3 hari di langkawi penuh 1 feri barang Cikgu2 SKR..hahahaha…

Keesokan hari rombongan kami bertolak balik ke tanah besar dan menaiki feri pada jam 10 pg. Rombongan kami selamat tiba di Pontian tepat jam 11.45 malam. Terpancar di wajah anak-anak SKR yang cukup gembira dapat pergi ke langkawi. Insyaallah tahun depan cikgu-cikgu SKR akan merancang untuk bawa anak-anak SKR ke tempat yang lebih menarik lagi.

Selasa, Ogos 11, 2009

Kem 1 Malaysia

Salam buat semua. Entry kali ni SKR ingin ceritakan pengalaman anak-anak SKR menyertai Kem ‘1’ Malaysia baru-baru ini. Seperti yang semua sedia maklum Kempen 1 Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kem 1 Malaysia merupakan salah satu program yang dirancang untuk One Malaysia ni. Daerah Pontian menjadi daerah pertama di negeri Johor dan di Malaysia yang telah berjaya melaksanakan program Kem 1 Malaysia ni.

Para peserta sedang memasang khemah…

Pelbagai aktiviti yang dijalankan. SKR telah membawa anak-anak SKR seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Program ini banyak mengetengahkan tentang perpaduan kaum di Malaysia ni. Aktiviti sangat menyeronokkan. Kem ni dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Johor bahru selama 4 hari. Cikgu Akmar sempat merakamkan gambar-gambar yang sempat Cikgu Akmar rakamkan.

aktiviti air yang peserta sertai…

Peserta segak dan bergaya dengan set pakaian kem ‘1’ Malaysia..

Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah sukan rakyat, masakan, permainan koperatif, permainan rakyat dan macam-macam lagilah. Pendek kata memang menyeronokkan. Macam-macam gelagat murid dan tak kurang juga cikgu & jurulatih..Naik letih dibuatnya. Ketawa jangan ceritalah. Apepun program sebegini sememangnya banyak membantu untuk mengeratkan silaturahim antara semua kaum di Malaysia ini. Kepada rakan-rakan di negeri-negeri lain nantikan program ni. Memang best….…dapat ramai kawan baru lagi.

Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar…

Nilah Ketua Jurulatih Kem Tuan Syed Adiputra Bin Syed Omar

Di kesempatan ini SKR ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat Jurulatih-jurulatih pusat koko yang mengendalikan program ni untuk kami semua. Sampai sini dulu catatan untuk kali ini dan akhirnya semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya…

Salam 1 Malaysia…..

Selasa, Mei 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SKR 2009...



Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia walau di mana pun berada. Isnin, 18 Mei 2009 SKR menyambut Sambutan Hari Guru. Acara dimulakan seawal jam 8.00 pagi, guru-guru diarak dengan paluan kompang dan muzik gamelan oleh murid-murid SKR. Majlis dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi. Antara aturcaranya ialah Bacaan Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran KPM dan Menteri Pelajaran, Bacaan Ikrar Guru, Deklamasi Puisi Guru Oh! Guru dan Nyanyian Lagu-lagu Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru 2009.




9.00 pagi
Sempena Hari Guru beberapa acara telah dirancang dan dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah Pertandingan Tuju 'Tugu' dan pertandingan Teh Tarik (Buih paling tinggi). Tanpa sedar sebenarnya guru-guru SKR sememangnya mempunyai bakat-bakat yang terpendam. Bukan sahaja boleh mengajar dan mendidik anak murid malahan berpotensi menjadi pemain bola baling dan bola jaring yang cukup handal. Lepas ni bolehlah jadi Jurulatih Kebangsaan. Ada juga yang berbakat dan berpotensi untuk membuka restoran mamak seperti Restoran As-salam. Tengok saja kebolehan cikgu-cikgu SKR membuat teh tarik.Ha! Lepas ni kepada guru-guru yang berbakat tu janganlah dipendam sahaja bakatnya. Walaubagaimanapun guru-guru SKR sememangnya 'sporting' dan sentiasa menggamatkan suasana.





Wajah-wajah warga pendidik SKR yang sentiasa menggamatkan keadaan





Agak-agak siapa pemenangnya?

.............@)--)---...............

10.00 pagi

'Pi Cameron Highlands singgah Tanah Rata Perut lapar tidak terkata'
Jamuan telah tersedia, acara seterusnya sudah tentulah acara 'makan time'. SKR bukan sahaja meriah dengan gelak tawa guru-gurunya tapi juga makanan-makanan yang disediakan. Ada di antara guru-guru SKR yang cari resepi dalam internet untuk disediakan sempena sambutan Hari Guru. Terima kasih cikgu-cikgu di atas makanan yang enak-enak belaka. Selepas makan ialah acara bertukar-tukar hadiah. Acara yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru.








11.30 pagi
Acara seterusnya ialah acara persembahan daripada anak-anak SKR. Beberapa persembahan telah disediakan antaranya ialah persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6, persembahan Nyanyian murid tahun 3, pakaian beragam, Persembahan Ulik Mayang dan banyak lagi.






Sambutan hari guru SKR berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Walaupun ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa, diharap guru-guru SKR gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Sekali lagi, Selamat Hari Guru buat selurh warga pendidik SKR. Semoga akan terus sukses dan cemerlang pada masa akan datang.


Warga Pendidik SK Rambah


'Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi..'

Selasa, Mei 12, 2009

PERTANDINGAN BORIA KARVINAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2009

Tarikh : 6 Mei 2009

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Orang Ramai Ayer Baloi

Peringkat : Daerah Pontian


Pada tahun ni SKR menghantar Pasukan Boria Perempuan. Memandangkan pasukan boria tahun lepas (lelaki) kebanyakannya murid tahun 6. Tahun ni Boria hanya melibatkan murid tahun 4 dan 5 sahaja. Pada pertandingan kali ini SKR telah mendapat tempat ketiga. Johan telah disandang oleh SK Serkat dan tempat kedua disandang oleh SK Bandar Pontian. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Jumaat, April 17, 2009

PERTANDINGAN REKA CIPTA KEMAHIRAN HIDUP

1 April 2009 SKR telah menghantar 4 orang murid ke Pertandingan Reka Cipta Kemahiran Hidup yang diadakan di SK Permas Kelapa. SKR diwakili oleh Muhamad Safiuddin B. Sukiat, Mohamad Syafiq B. Mohd Adabi, Zaty Nur Aqilah Bt. Zulkarnain dan Fatin Atiqah Huda Bt. Husin. Projek yang dihasilkan ialah 'Kotak Alatan Serba Guna'. Pertandingan bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang. Pada akhir pertandingan SKR telah diumumkan tempat ketiga dalam pertandingan. Tempat kedua disandang oleh SK Sungai Durian dan tempat pertama SK Parit Sulaiman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Khamis, April 16, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Tarikh : 16 April 2009
Hari : Khamis
Tempat : SMK Batu 34, Jalan Johor
Peringkat : Daerah Pontian




Pada saat-saat akhir SKR telah mengambil keputusan untuk menghantar pasukan Kawad Kaki Puteri Islam. Dalam masa lebih kurang 10 hari pasukan SKR dilatih oleh guru-guru SKR sendiri dengan penuh kesungguhan. Pertandingan bermula pada pukul 10.00 pagi dan SKR telah mendapat giliran kedua. Ini bermakna pasukan SKR perlu bersiap sedia awal pagi. Guru-guru SKR tak putus-putus memberikan semangat kepada mereka. Dan akhirnya pada tarikh 16 April 2009 tepat jam 1.30 petang SKR telah dinobantkan tempat kedua dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah Pontian. Sekali lagi SKR juga diumumkan Ketua Platun terbaik dalam pertandingan ini. Tahniah Zaty kerana dapat memimpin pasukan dengan baik. Tahniah diucapkan kepada pasukan Kawad Kaki sekolah.

Ahad, April 12, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN AKTIVITI MAAL HIJRAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN 2009

TARIKH : 11 APRIL 2009
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK SERI SENANG HATI
PERINGKAT : DAERAH PONTIAN



Sekali lagi SKR menghantar wakil Pertandingan Hafazan dan Nasyid ke peringkat Daerah Pontian. Kali ni Pertandingan dijalankan di SK Seri Senang hati, Benut, Pontian. Jauh juga dari sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.
Nama SKR mengukir sejarah sekali lagi di mana Mohamad Syafiq B. Mohd Adabi peserta hafazan SKR telah mendapat Johan dalam peringkat daerah Pontian. Tahniah Syafiq. Tahniah juga kepada pasukan nasyid walaupun tidak berjaya.